Pilih Tarikh & Tempat Kursus
Isi Borang Kursus Kahwin Secara Online
Terima SMS Pengesahan Dalam Masa 24 Jam
Setiap rakyat malaysia beragama islam yang ingin berkahwin diwajibkan untuk menghadiri kursus ini.
Pusat kursus kami telah diberi kebenaran untuk menganjurkan kursus pra perkahwinan serta telah berdaftar dengan Jabatan Agama Johor dan menggunakan modul bersepadu kursus pra perkahwinan Islam Negeri Johor.
Sijil kursus ini dikeluarkan oleh Jabatan Agama Johor serta diiktiraf seluruh negeri di Malaysia dan sah untuk digunakan bagi memohon kebenaran bernikah.
Yuran kursus adalah RM120 seorang dan pembayaran yuran boleh dibuat pada hari kursus.
Kami anjurkan kursus hanya setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja.
Tiada masalah kerana sijil kursus pra perkahwinan ini tiada had tempoh dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Boleh kerana sijil kursus pra perkahwinan ini sah digunakan di seluruh Malaysia.
Boleh. Setiap rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin berkahwin WAJIB menghadiri kursus ini.
Boleh. Walaubagaimanapun, bahasa pengantar untuk kursus pra perkahwinan ini adalah dalam Bahasa Malaysia.
Baju melayu lengkap, bersamping dan bersongkok atau baju melayu, seluar slack dan bersongkok atau baju kemeja, seluar slack dan bersongkok.
Baju kurung yang tidak ketat/nipis dan bertudung atau jubah yang tidak ketat/nipis dan bertudung.
Tiada sebarang ujian atau temuduga sepanjang kursus ini. Peserta hanya perlu mendengar ceramah-ceramah bagi setiap modul/sesi.
Setiap peserta hendaklah menghadiri dan mengikuti kesemua modul/sesi yang telah ditetapkan.
Sijil kursus akan dapat sebelum tamat kursus iaitu pada hari kedua kursus dijalankan.
Latar belakang warna biru atau putih dibenarkan.
Kami tidak menyediakan penginapan untuk peserta sepanjang 2 hari berkursus.
Peserta perlu hadir ke kursus sebelum pukul 8.30 pagi untuk sesi pendaftaran pada hari sabtu, sebarang kelewatan tidak akan dilayan. Pada hari ahad peserta perlu hadir sebelum pukul 8.00 pagi.
Sekiranya cerai hidup, peserta perlu ambil kursus semula, sekiranya cerai mati, tidak perlu ambil kursus.
Boleh dan tiada masalah. Perlu pembayaran yuran kursus, sekiranya ingin duduk kedalam dewan kursus.